FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

selamat datang ke forum Panggilan Pertiwi

 OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)

Go down 
AuthorMessage
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:02 am

rizalbob wrote:

OP JELAKU 3 – PERTEMPURAN PERTAMA SAYA

Tarikh: 30 Januari 1973
Kawasan: Asajaya (Semarahan), Kuching, Sarawak (dulu Nonok).
Musuh: Kompeni Pertama Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) bawah pimpinan Bong Kee Chok.
Pasukan saya: Pl Kilat 3 Renjer.

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Setilitepictureofnonokp
Gambar satelit Asajaya (Nonok), Kawasan operasi warna hijau gelap.

CERITANYA

Baru seminggu battalion kami tiba dan mengambil alih tugas dari 12 RAMD di Serian, Sarawak dan tak sempat pun buka bag dan peralatan, kami sudah di hantar ke kawasan operasi di kawasan yg panas seperti Asajaya (dulu Nonok) dan pendalaman Serian.

Pada 28 Januari 1973, Kompeni C 3 Rjr telah berjaya membunuh seorang PGK – sentry yg berkawal semasa itu ternampak seorang PGK datang kearahnya (leading scout agaknya) dan dengan satu peluru sahaja telah menembak PGK di dahinya.

Ekoran dari itu saya di arah memasuki kawasan tersebut untuk membantu Kompeni C kerana kehadiran PGK di kawasan itu sudah terbukti. Pl saya di hantar ke suatu LP (landing point) dengan dua sortie.

Dari LP ini saya terus mulakan tugas saya untuk mencari dan memusnahkan musuh. Keadaan cuaca ketika itu adalah MUSIM TENGKUJUH / banjir dan hampir kesemua kawasan operasi saya ditengelami air sehingga ke paras dada. Pakaian yg kami pakai memang basah kuyup selama kami menjalankan operasi selama dua minggu di kawasan itu. Kadangkala kami terpaksa menjulang bag galas kami di atas kepala untuk mengelakkan nya terendam dan basah. Pada waktu malam kami tidur dalam hammock yg di ikat pada dua pokok di atas paras air. Yg seronoknya ialah apabila kami masak. kami hanya kauk saja air di bawah hammock, tak payah berjalan cari air. Apabila bangun awal pagi esok, air untuk mencuci muka dan berus gigi hanya di bawah hammock sahaja. Itulah satu-satu nya pengelaman begitu yg pernah saya lalui.

Membaca peta (map reading) sangat sukar kerana kawasan nya mendatar dan sungai tidak kelihatan kerana semuanya di tengelami air. Kadang kala kita hanya tahu kehadiran sungai apabila kita terbenam masuk ke dalam air lebih daripada paras kepala. Cara saya menetapkan kedudukan / lokasi adalah dengan mengagak berapa jauh kita sudah bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain. Akhirnya, apabila operasi tamat, kedudukan yg saya telah beri kepada Bn Hq tidaklah begitu jauh larinya. Sekarang ATM sudah ada peralatan canggih untuk mencari / menetapkan kedudukan sendiri.

Kami bergerak setiap hari selama 4 hari dan hanya berhenti untuk makan tengah hari dan berehat waktu malam. Pada hari ke-5, cuaca sudah mulai panas dan mata hari mula kelihatan. Air banjir pun kelihatan surut dan kami kerap terjumpa kawasan kering. Seronok rasanya apabila kaki keluar dari paya yg sentiasa dipenuhi air. Pada suatu ketika saya perhatikan ada kesan2 kayu yg kecil di potong di pangkal nya. Tidak pula kelihatan dahan2 dan daun2 kayu tersebut. Saya merasakan ianya dibuat oleh PGK kerana cara mereka memotong kayu berkenaan – seolah olah mereka mahu menyembunyikan perbuatan mereka. Juga orang awam tidak akan datang sejauh ini. Saya ingatkan anggota –anggota saya untuk berhati kerana kehadiran PGK di kawasan kami sudah di kesan.

Tiba-tiba pada jam lebih kurang 10 pagi, hujan pun turun, walaupun mata hari menerangi langit (hujan panas). Dengan syarat ini saya terasa saya akan terjumpa musuh dan memperlahankan pergerakkan kami. Setiap langkah di awasi supaya tidak memijak kayu yang akan mengeluarkan bunyi bising yg boleh di kesan olih PGK.

Tiba-tiba leading scout saya berhenti dan memberi isyarat memanggil saya kehadapan. Dia telah mendengar bunyi seolah tin kosong di ketuk. Saya syaki ia mungkin isyarat yg diberi olih sentry PGK yg mungkin telah mendengar kehadiran kami.

Saya pun aturkan platun saya membuat extended line dan mara perlahan ke arah bunyi tadi. Beberapa minit kemudian, saya mendengar tembakan bertubi-tubi di sebelah kanan saya. Saya bergegas menuju ke arah tembakan. Anggota yg telah melepaskan tembakan telah nampak beberapa PGK lari. Anggota-anggota terus menyerbu ke hadapan dan berbalas-balas tembakan dengan PGK.

Saya perhatikan saya telah tiba di pinggir kem sementara PGK. Saya melihat satu lembaga belari mengambil perlindungan di belakang pokok besar dihadapan saya. Jarak lebih kurang 50m dari saya. Saya pun melutut dan menunggu dia keluar dari belakang pokok. Beberapa saat kemudian lembaga tersebut keluar. Saya lepaskan 3 semburan pendek (short burst) dan nampak lembaga tersebut rebah. Saya terus meluru kehadapan menerusi kem sementara PGK dan bercantum semula dengan anggota saya. Kami membuat follow up dalam beberapa ratus meter sebelum kembali semula ke dalam kem sementara PGK. Setelah diperiksa, kami menemui dua mayat PGK – salah seorang yg saya tembak di belakang pokok.

Beberapa hari kemudian mayat PGK pun di keluarkan dengan cara winching dan kami di arahkan keluar ke RV di dalam kawasan kg yg di diami oleh orang cina di mana kami seterusnya di bawa balik ke Serian Camp dengan Nuri.

Tiba di Serian Camp sekumpulan penyambut sudah bersedia dengan air dalam baldi. Sampai saja kami di LP dalam Kem Serian, kami di simbah dengan air – kononnya untuk membersihkan kami dari segala kekotoran paya, selut dan sebagainya. Dua tiga hari kemudian kebanyakkan kami mengalami sakit gatal-gatal di kedua-dua belah kaki sehingga ke lutut akibat berjalan dalam paya selama 2 minggu.

Kejayaan ini sangat bermakna kepada platun saya. Ia menyebabkan semanggat kami untuk berjuang terus membara dan berkobar-kobar. Kami dahagakan lebih kejayaan lagi.

Nota: Dua PGK yg kami bunuh mungkin bahagian belakang ataupun mereka yg di tugaskan khas untuk mencari makanan untuk main body mereka.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:03 am

rafe3400 wrote:

1. - baptism of fire - apa perasaan tuan masa tu? sebagai ketua platun tentunya lebih sukar kalau bertempur kali pertama

2. apa senjata yg digunakan? SLR atau M16 (SLR ada 3 round burst tak tuan?)

3. ada apa2 disiplin utk kawal rate of fire semasa pertempuran? apa yg paling sesuai utk jarak dekat (50m kebawah) dan lebih 50m
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:04 am

mr. kurien wrote:

great story sir!
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:05 am

rizalbob wrote:

Quote :
1. - baptism of fire - apa perasaan tuan masa tu? sebagai ketua platun tentunya lebih sukar kalau bertempur kali pertama

2. apa senjata yg digunakan? SLR atau M16 (SLR ada 3 round burst tak tuan?)

3. ada apa2 disiplin utk kawal rate of fire semasa pertempuran? apa yg paling sesuai utk jarak dekat (50m kebawah) dan lebih 50m

1. Perasaan: Saya memasuki tentera memang untuk berjuang. Semasa kadet dulu saya berlatih bersungguh supaya saya menjadi tentera yg betul sudah bersedia untuk berperang. Apabila menemui peluang sebegini, saya memang tidak akan lepaskan. Saya serahkan takdir di tangan Tuhan.

2. Senjata: Baretta 5.56mm auto rifle buatan Italy. Ketika itu dalam trial. Senjata yg bagus. Boleh berfungsi walaupun basah dan sebagainya. Tiada stoppages.

3. Kawalan tembakan: Saya serahkan cara menembak kpd anggota - single round, semburan pendek atau semburan panjang. Saya suka samada single round atau semburan pendek kerana ia lebih tepat.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:05 am

mr. kurien wrote:

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) 74122_1442676912692_1406175341_31035921_4005044_n

BARETTA AR70
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:06 am

Panji Alam wrote:

Fuuuhh...2 minggu dlm keadaan langsung tak selesa...No
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:09 am

kerianiers wrote:

trima kasih atas cerita yg hebat......bagaimana situasi semasa mengangkut mayat dibawa keluar...maksud saya ketahanan anggota2 tuan dalam situasi begitu dgn mayat bersama-sama.

alah bisa tegal pn biasa...
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:11 am

rizalbob wrote:

Quote :
trima kasih atas cerita yg hebat......bagaimana situasi semasa mengangkut mayat dibawa keluar...maksud saya ketahanan anggota2 tuan dalam situasi begitu dgn mayat bersama-sama.

Ini yg saya cerita beberapa hari lalu. Heli tak datang selama 3 hari dan mayat tercucuk tunggul apabila di winching.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:12 am

mr. kurien wrote:

mesti ada pantang larang semasa beroperasi didalam hutan kan Lt. Kol.?

Pantang larang saya adalah apa yg di ajar semasa latihan:

1. Disiplin
2. Buat apa yg di suruh bersungguh-sungguh - jangan ponteng/tipu.
3. Jangan bising - berbual, basuh mes tin.
4. Kerjasama
5. Berani
6. berwaspada sebilang masa.
7. Setiap ketua tahu apa nak buat. Misalnya apabila berhenti / rehat, sentri secara otomatik mesti di letak di lokasi strategik.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:15 am

mr. kurien wrote:

pantang larang yg berkait dengan mistik ada jugak ke Lt. Kol.?
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:17 am

rizalbob wrote:

Quote :
pantang larang yg berkait dengan mistik ada jugak ke Lt. Kol.?

Tak ada langsung. Saya tak percaya dengan semua itu - malah "pengaruh" yg orang kg saya beri dulu dah lama saya buang - tak pakai pun.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:19 am

GEMPURWIRA wrote:

dari gempurwira

seperti cerita yang sebelum ni mmg MANTAP tuan...

nak tanya tuan.... adakah cara dan keberanian kita sama dengan pasukan tentra gurkha maksud saya dalam pertempuran jika masa tuan beroperasi tentra gurkha ada terlibat dalam misi2 memusnahkan komunis di malaysia????
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) EmptyWed Aug 26, 2015 11:20 am

syark the ghost wrote:

terima kasih tuan..cara tuan ceritakan membolehkan saya bayangkan keadaan tuan masa tu..
Back to top Go down
Sponsored content

OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty
PostSubject: Re: OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)   OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) Empty

Back to top Go down
 
OP JELAKU 3 - PERTEMPURAN PERTAMA SAYA (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anugerah Pisau Komando Pembakar Semangat (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)
» Op Beruang 1. Belari mengejar ketua no. 4 PARAKU (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB)
» KOLEKSI SCALE MODEL SAYA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: WIRA TAK DIDENDANG :: DARAH SATRIA-
Jump to: