FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  

selamat datang ke forum Panggilan Pertiwi


Share | 
 

 Wolf's Lair

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Kucing
Admin


Posts : 21
Join date : 30/01/2014

PostSubject: Wolf's Lair   Thu Jul 21, 2016 4:20 pm



Mengenai Wolf's Lair

Wolfsschanze (lebih dikenali sebagai Wolf's Lair atau Sarang Serigala oleh negara-negara Barat) adalah merupakan sebuah ibu pejabat ketenteraan pertama Adolf Hitler di perbatasan timur masa WW2. Kompleks ni adalah salah satu daripada beberapa Markas Führer (Führerhauptquartier) yang terletak di pelbagai tempat di Eropah. ia dibina untuk Operasi Barbarossa, serangan Jerman ke atas Kesatuan Soviet pada tahun 1941, terletak di dalam hutan Masuria, kira-kira 8 kilometer (5.0 bt) daripada sebuah bandar kecil Rastenburg, Prusia Timur (kini Kętrzyn di Poland).

Sistem kubu asal telah dibina oleh Organisasi Todt, tetapi rancangan pembesaran selepasnya tidak pernah disiapkan; kerja-kerja pembesaran telah dihentikan hanya beberapa hari sebelum kemaraan Tentera Merah Rusia ke Angerburg (kini Węgorzewo), sejauh kira-kira 15 kilometer (9.3 bt) darinya.

Merupakan markas paling rahsia dengan keselamatan yang ketat, ia telah dikawal oleh anggota-anggota daripada Reichssicherheitsdienst SS dan pasukan daripada Führer Begleit Brigade armor Wehrmacht'. Walaupun tiga zon sekuriti mengelilingi tengah kompleks dimana Führer bunker ditempatkan, satu percubaan membunuh Hitler telah berlaku di Wolf's Lair pada 20 Julai 1944.

Hitler tiba buat pertama kali di Wolf's Lair pada lewat malam 23 Jun 1941, dan berlepas pulang untuk kali terakhir pada 20 November 1944. Keseluruhannya, beliau telah habiskan lebih daripada 800 hari di sini sepanjang tempoh 3 1/2-tahun.

Kompleks ini dimusnahkan dan ditinggalkan pada 25 Januari 1945, 48 jam sblm kedatangan tentera Soviet. Sisa tinggalannya kini terletak di perkampungan desa, Gierłoż (Bahasa Jerman: Forst Görlitz) berdekatan Kętrzyn, Poland.

sekitar Wolfs Lair

Keputusan nak bina Wolf lair ni dibuat pada musim luruh tahun 1940. Dibina di tengah-tengah hutan, ia terletak jauh dari jalan utama dan kawasan bandar. Kompleks ni bersaiz 6.5 km2 (2.5 batu persegi) disiapkan pada 21 Jun 1941.

Terdiri daripada tiga zon keselamatan berpusat, kira-kira 2000 orang bekerja kat sini yang mana di antara mereka ada 20 wanita, sesetengah drpd mereka diperlukan untuk makan makanan Hitler untuk diuji jika ada racun.

Dekat fasiliti ni ada lapangan terbang dan landasan keretapi. Bangunan dalam kompleks ini telah disamarkan dengan semak, rumput dan pokok-pokok tiruan ditanam di atas bumbung rata, netting juga didirikan di antara bangunan dan hutan di sekitarnya agar kelihatan seperti hutan yang tebal jika dilihat dari udara.

Layout



Sperrkreis 1 (Zon Selamat 1)

terletak di tengah-tengah Wolf lair. Dikelilingi dengan pagar besi dan dijaga oleh Reichssicherheitsdienst (pengawal peribadi hitler  dan pemimpin2 pangkat tinggi nazi), ia mengandungi Führer Bunker dan 10kubu lain untuk pegawai dalaman Hitler. Penginapan Hitler adalah di sebelah utara untuk elakkan cahaya matahari secara terus. Kubu2 ini mempunyai bilik-bilik tambahan di mana persidangan tentera boleh diadakan.
   
Sperrkreis 2 (Zon Selamat 2)

Kawasan ini menempatkan beberapa Menteri Reich seperti Fritz Todt, Albert Speer dan Joachim von Ribbentrop. Ia juga menempatkan suku daripada kakitangan yang bekerja di Wolf Lair dan berek tentera untuk RSD tadi.

Sperrkreis 3 (Zon Selamat 3)

Kawasan keselamatan luar yang dikawal ketat mengelilingi kedua-dua zon dalaman tadi. Ia dipertahankan oleh periuk api dan Führer Begleit Briged (FBB), sebuah unit keselamatan berperisai khas dari Wehrmacht yang kendalikan guard house, menara pengawal dan pusat pemeriksaan.

Satu kemudahan untuk ibu pejabat Tentera juga terletak berhampiran kompleks Wolf Lair.

Rutin harian Hitler di Wolf’s Lair.


Setiap hari Hitler akan memulakan hari dengan berjalan sendirian dengan anjingnya sekitar jam 9 atau 10 pagi, dan pada 10.30dia akan melihat jika ada kiriman/mel yang telah dihantar melalui kereta api atau kiriman udara.
Tengah hari pulak, dalam dua jam ade briefing, yang diadakan di kubu. Lepas tu lunch pada pukul 2 petang di dewan makan. Hitler selalunya akan duduk di kerusi yang sama .

Selepas makan tengah hari, Hitler akan berurusan dengan perkara-perkara yang bukan tentera pada sebelah petangnya. Minum kopi lagi sekitar jam 5 petang, diikuti dengan taklimat tentera lagi sekali pada pukul 6 petang.

Makan malam mula 7:30 petang yang berlangsung selama 2 jam. selepas itu dia tonton filem yang sedang dimainkan di pawagam.

Dah abis tu Hitler kemudiannya akan masuk ke bilik khas di mana dia akan memberi bagi taklimat panjang kepada pegawai2 terdekat dia, termasuk dua setiausaha perempuan .Kadang-kadang Hitler dan pegawai2 ni tadi lepak sambil mendengar peti nyanyi rekod simfoni Beethoven, Wagner atau opera lain.
Back to top Go down
http://panggilanpertiwi.forumms.net
Kucing
Admin


Posts : 21
Join date : 30/01/2014

PostSubject: Re: Wolf's Lair   Thu Jul 21, 2016 4:41 pm

Back to top Go down
http://panggilanpertiwi.forumms.net
 
Wolf's Lair
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: ISU SEMASA PERTAHANAN :: ISU SEMASA PERTAHANAN ASING :: TENTERA DARAT NEGARA ASING-
Jump to: