FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

selamat datang ke forum Panggilan Pertiwi


 

 TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG

Go down 
AuthorMessage
Kucing
Admin



Posts : 21
Join date : 30/01/2014

TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG Empty
PostSubject: TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG   TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG EmptySun Jul 24, 2016 11:29 pm

TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG

TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG 13718520_1025787624178647_1729325252520682655_n

Templer Park merupakan taman rekreasi rimba pertama Malaya. Ia dibuka pada tahun 1954 iaitu semasa Tanah Melayu masih dalam zaman darurat. Ia telah dibuka oleh Sir Gerald Templer, seorang Pegawai Tinggi Tentera British yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Sir Henry Gurney, iaitu Pesuruhjaya Tinggi yang telah mati ditembak oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap pada bulan Oktober tahun 1951.

Semasa perasmian taman tersebut, beliau dilihat tiba dengan kereta berperisai beserta pengiring tentera. Jika dilihat semasa perasmian taman tersebut, beliau boleh menjadi sasaran mudah pengganas komunis yang mungkin berselindung di sebalik hutan tersebut.

Menikmati makanan semasa berkelah atau meninggalkan sisa makanan adalah sama sekali dilarang dan menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang darurat. Ini adalah untuk mengelakkan apa-apa bekalan jatuh ke tangan komunis. Sebaik sahaja masuk waktu perintah berkurung selepas jam 6 petang, pengunjung yang masih berlegar di kawasan ini menghadapi risiko ditembak oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan.

TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG 13769515_1025789754178434_5605337244318489061_n

Sir Gerald Templer

Beliau telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi sehingga bulan Mei 1954. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berjaya menahan dan mencegah kegiatan komunis dengan menggunakan taktik perang-psikologi untuk mempengaruhi dan menawan hati serta fikiran rakyat Tanah Melayu.

Antaranya ialah menyusun kembali pasukan polis serta memperhebatkan lagi kegiatan polis Cawangan Khas (Special Branch), menubuhkan pasukan kawalan kampung (Home Guard), mengadakan catuan makanan, melancarkan perkhidmatan sosial – pembinaan sekolah rendah, hospital dan klinik terutamanya di kawasan luar bandar, publisiti melalui radio dan risalah yang disebarkan bertujuan untuk menggalakkan pengganas komunis menyerah diri dan menggalakkan kegiatan kebudayaan dan tradisi rakyat Tanah Melayu.
Back to top Go down
https://panggilanpertiwi.forumms.net
 
TEMPLER PARK - KAWASAN LARANGAN SELEPAS JAM 6 PETANG
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: MALAYSIA : PRA & PASCA MERDEKA :: DARURAT PERTAMA (1948-1960)-
Jump to: