The Battle Box adalah nama lain bagi pusat arahan bawah tanah yang dibina di bawah Fort Canning, Singapura. Tempat ini juga telah bertindak sebagai pusat arahan kecemasan semasa Kempen Tanah Melayu dan Pertempuran Singapura.
Fort Canning telah digunakan oleh tentera British sebagai ibu pejabat mereka di Singapura, dengan beberapa bangunan yang dibina sejak tahun 1920-an lagi. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan ibu pejabat yang menggabungkan ketiga-tiga perkhidmatan di dalam Singapura (Tentera Darat, Tentera Laut Diraja dan Tentera Udara Diraja). Masalah ini mendapat telah mendapat perhatian dan dengan itu, Combined Operation HQ telah dicadangkan di Fort Canning.
Semasa Pertempuran Keranji, lokasi Sime Road terpaksa ditinggalkan. General Percival memindahkan Ibu Pejabat Operasi Gabungan ke Fort Canning pada 11 Februari 1942. Pada peringkat akhir pertempuran Singapura, Jepun mengebom kawasan tengah Singapura, termasuk Fort Canning. Memandangkan Fort Canning berada dalam jarak meriam Jepun, ramai kakitangan terpaksa masuk ke dalam Battle Box. Terdapat kira-kira 500 pegawai dan anggota di dalam Battle Box di peringkat akhir peperangan.
Kompleks ini kemudiannya diduduki oleh Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura dan digunakan sebagai pusat komunikasi sehinggalah Jepun menyerah kalah.
Kini Battle Box menjadi muzium dan tarikan pelancongan yang SANGAT MENARIK.