Gagah Setia - komponen darat dan komponen terbesar di dalam ATM. Tentera Darat Malaysia mempunyai rejimen dan kor yang diaturkan menjadi pasukan tempur, pasukan bantuan tempur dan pasukan bantuan.
Markas Angkatan Bersama merupakan Markas yang bertanggungjawab dengan operasi dan latihan yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara di dalam dan luar negara.
Merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran.