FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

selamat datang ke forum Panggilan Pertiwi

 KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)

Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyWed Aug 26, 2015 10:35 am

m1ng1e3 wrote:

Out of Topic Sat....

Apa perkhabaran DYMM Al Sultan Johor DT yang juga Kol Komandan Kor GK? Setakat ini ada apa cerita yang sahih tentang Keadaan Baginda. Setakat ini Best 104 cuma ada menyiarkan bacaan Ayat-ayat Suci Alquran.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyWed Aug 26, 2015 10:36 am

kudabesi87 wrote:

akhbar tak kuar ape2 lagi..tp td bro sixthiee letak berita dari umno online pasal kemangkatan baginda

http://umno-online.com/?p=5662
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyWed Aug 26, 2015 10:37 am

Akmal3110 wrote:

Akmal3110 wrote:
Salah satu latihan yang meninggalkan nostalgia kepada saya. Saya kira ini tidak terlalu sensitif tetapi mungkin menimbulkan satu perasaan jijik kepada golongan tertentu.

Semasa latihan peringkat laut di Cilacap Pulau Jawa. Jangkamasa peringkat laut ini memakan hampir sebulan. Macam biasa semua pelatih-pelatih ditempatkan di berek yang serba kekurangan. Yang menariknya di sini ialah tempat berhajat. Tambahan pula keadaan tempat pembersihan diri (WC) serta tempat berhajat ini sama ada besar/kecil merupakan pondok yang dibuat secara ‘simple’. Tandasnya berlantai beberapa keping papan dan berdindingkan zink. Segala pembuangan akan terus ke parit yang terdapat di bahagian bawah, parit itu menghalakan ke laut. Bayangkan hasil pembuangan pelatih lebih kurang 100 ke 150 orang termasuk anggota TNI.

Apabila membuat latihan laut ini, keadaan kebersihan senjata memanglah satu-satunya perkara yang amat menyulitkan semua pelatih ketika hendak membersihkannya. Karat senjata persendirian jenis Garrand berwarna hijau bukan lagi kuning disebabkan air masin Lautan Hindi. Bayangkanlah latihan kadangkala menjangkau ke detik jam 3 pagi. Cuma ada beberapa jam sahaja untuk membersihkan peralatan latihan seperti perahu getah, raifal persendirian dan peralatan-peralatan yang lain. Cuma ada dua/tiga jam sahaja untuk membuat kerja pembersihan tersebut. Adalah sedikit masa untuk melelapkankan mata untuk menyambung sessi latihan keesokan harinya.

Apabila perbarisan pagi, maka ramai lah yang tertangkap kerana raifal persendirian yang berkromkan emas hijau kuning (karat). Hukumannya tak susah... Buat suspen sikit.... Cuba teka.

Hukumannya ialah berenang dalam parit WC.

Maka semuanya anggota kursus akan melalui ujian getir itu. Tidak hari ini, hari esok atau hari-hari berikutnya pasti merasai jua. Para JL akan sentiasa memantau dengan melepaskan tembakan pistol dengan mengunakan peluru hidup jika didapati seseorang pelatih itu enggan berbuat seperti yang diarahkan. Bayangkan hasil mahsul 100+ pelatih di dalam parit tersebut. "Crawling" ini dilakukan dengan jarak hampir 50 meter menghala ke lautan Hindi dan selepas itu terus sahaja menjalani latihan selanjut mengikut jadual-jadual hariannya

Kalau nak difikirkan memang menjijikkan dan tidak munasabah hukuman seperti itu diberikan. Namun di sebalik sesi latihan/deraan tersebut ada manfaatnya. Jika di dalam sesuatu peperangan, tidak menjadi mustahil jalan/laluan itu akan digunakan samada untuk memasuki negara musuh atau melepaskan diri dari kepungan musuh dan sebagainya. Dalam sesuatu peperangan, bukan kalungan bunga atau semburan wangian yang diharapkan melainkan menjayakan misi tersebut dengan berkesan serta tidak meninggalkan kehilangan nyawa yang besar kepada pasukan sendiri. Wallahuwalam.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:28 pm

Akmal3110 wrote:
Nostalgia lagi...

Semasa menjalankan latihan asas RPKAD (Kopassus) di Batu Jajar, Bandung Indonesia. Latihan asas dijalankan beberapa peringkat. Bermula dari peringkat kem (Asas), Bukit – (Gunung Tangkuban Perahu), Hutan, Lurah, Paya (Rawa) serta Lautan.

Salah satu peristiwa di mana membuat latihan renang tempur menyeberangi selat Pulau Nusa Kembangan - Pelabuhan Cilacap. Jaraknya lebih kurang 5km. Keadaan lautannya (Lautan Hindi) yang terbuka serta jernih kebiruan . Pulau Nusa Kembangan ini seakan-akan Pulau Jerjak yang menempatkan penjenayah ‘hardcore’ suatu ketika dulu.

Manakala Pelabuhan Cilacap merupakan suatu pelabuhan yang agak sibuk juga. Kelazimannya anak kapal akan membuang sisa makanan ke laut dan ini akan menarik ikan-ikan besar termasuk jerung mengejar sisa makanan yang terdapat.

Bayangkanlah ketika melakukan latihan renang tempur tersebut, perasaan takut disambar jerung sentiasa bermain di kepala. Syukur, Alhamdullilah saya dan teman sepelatih selamat sampai ke pantai Cilacap tanpa sebarang gangguan jerung-jerung tersebut, walupun jerung-jerung berkeliaran mengejar sisa makanan yang dibuang dari kapal-kapal di situ.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:30 pm

Akmal3110 wrote:
OPS INDERA KHAS

Setelah lulus sahaja dari Kursus Asas Komando Siri 3/72 saya telah diserapkan ke X Skuadron 1 RGKM. Maka bermulalah episod-episod seterusnya...

Pada awal tahun 1974 ketika itu saya yang berkhidmat dalam skuadron tersebut telah diaturgerakkan bagi menghapuskan 6th Assault Unit yang diketuai oleh CCM Chong Choo.

Aturgerak ini ini dilakukan selepas sahaja pertempuran salah sebuah unit RRD yang berkesudahan dengan kematian Kapt Chandran dan beberapa anggota di bawahnya.

Dalam gerakan ini, RGKM memainkan peranan yang penting, ini ditambah lagi Pegawai Memerintah saya ketika itu telah dilantik Pegawai Staff Operasi. Hasil dari motivasi dan semangat kental pasukan kami berazam untuk menghapuskan anak-anak buah Chong Choo. Bagi meninggikan lagi semangat untuk mencari CCM ini, katanya beliau sentiasa membawa peti hijau yang juga mengandungi $$$$$$$ berjumlah yang banyak.

Skuadron kami telah di ‘AirEvac’ ke kawasan di mana pasukan RRD 'contact'. Oleh kerana kawasan tersebut begitu lunyai dengan ‘track-track’ yang dilalui, agak sukar bagi kami untuk mencari ‘track’ yang ditinggalkan oleh musuh. Setelah beberapa hari melakukan 'search & tracking' hasilnya kami telah berjaya menjumpai 'Fresh Track' yang ditinggalkan oleh PK (pengganas komunis) di bawah pimpinan CCM Chong Choo. Maka bermulalah episod "follow up". Memandangkan PK telah berjaya menembak mati beberapa anggota pasukan keselamatan, sudah pasti mereka berada dalam 'High Morale' ketika itu.

Apa yang diperhatikan keadaan 'track' yang ditinggalkan oleh PK mempunyai kekuatan yang agak ramai. Maka atas nasihat yang diberikan oleh CO kami yang juga sebagai Pegawai Staff Operasi, penjejakan akan dilakukan dan gabungkan kepada lebih sedikit daripada 2 skuadron...

Maka bermula episod 'Tracking'.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:31 pm

Akmal3110 wrote:
Sambungan Ops Indera Khas

‘Track’ yang yang ditinggalkan oleh PK agak ketara dan jelas. Walaupun peringkat awalnya mereka banyak memberi kekeliruan kepada kami untuk mengesan mereka. Berkemungkinan juga mereka menganggap kekeliruan yang yang mereka buat sudah cukup untuk mengelirukan pasukan kami. Apa yang diperhatikan juga kesan-kesan yang mereka tinggalkan seolah-olah, tiada orang akan yang akan mengekori gerombolan mereka. Langsung tiada penyamaran dan juga tiada BT ditinggalkan disepanjang ‘track’ yang kami lalui.

Untuk mengelakkankan sebarang syak wasangka pihak musuh, ketika itu tiada pergerakan pesawat dan juga tembakan artileri dilakukan di kawasan berkaitan. Ini bertujuan agar pihak musuh menjangka mereka betul selamat dari ancaman pasukan keselamatan dan menjadikan mereka lebih lalai dan leka.

Di sepanjang ‘track’ mereka juga meninggalkan segala sisa-isa makanan dengan sewenangnya tanpa samaran, ditanam dan disembuyikan. Sisa makanan seperti keladi air yang direbus dan tangan ungka yang mereka tembak ditinggalkan begitu sahaja. Kebanyakan bangkai-bangkai ungka dijumpai masih berdarah dan menitis (belum beku).

Pada hemat saya, memandangkan keadaan hutan yang sejuk dan dingin, berkemungkinan gerombolan mereka paling lama 1 hari perjalanan jarak antara mereka dengan kami. Penjejakan berterusan dari Sungai Tersang melintasi sempadan Pahang memasuki sedikit negeri Selangor dan menghala ke barat iaitu Perak. Sepanjang perjalanan tiada sebarang halangan berlaku.

Di pertengahan jalan, rangsum telah habis pada 2/3 hari sebelum. Sekadar makan apa yang ada, namun oleh kerana keadaan yang agak mendesak maka pembekalan Rangsum (Resupply) terpaksa dilakukan dengan secara seminima yang mungkin.

Penerbangan Nuri yang agak terhad bagi mengelakkan sebarang kesangsian di pihak PK yang ada pasukan keselamatan di belakang mereka. Pembekalan dilakukan dengan secepat mungkin serta rangsum yang tidak diperlukan dimusnahkan seperti Kacang Merah dan kacang hijau tin (baked beans and Green Peas) dan lain-lain yang difikirkan memberatkan. Keadaan tergesa-gesa membuatkan berlakunya sedikit kecuaian di sini. Terdapat sebahagian anggota tidak memusnahkannya sebelum ditimbus...
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:31 pm

Laksamana Sunan wrote:
tetap setia menanti sambungan kisah operasi indera ni. KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Icon_biggrin . saudara m1ng1e3, kalau ada gambar2 ketika berkhidmat dulu, kasi upload lah kat sini. gambar2 masa training atau pun apa2 saja yg boleh dijadikan tatapan buat kami disini. teringin sangat nak tengok wajah2 pahlawan / perwira yg telah banyak berjasa n berkorban demi mempertahankan keamanan n kedaulatan negara tercinta ini.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:33 pm

afiq flanker wrote:
trooper_knife wrote:
tetap setia menanti sambungan kisah operasi indera ni. KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Icon_biggrin . saudara m1ng1e3, kalau ada gambar2 ketika berkhidmat dulu, kasi upload lah kat sini. gambar2 masa training atau pun apa2 saja yg boleh dijadikan tatapan buat kami disini. teringin sangat nak tengok wajah2 pahlawan / perwira yg telah banyak berjasa n berkorban demi mempertahankan keamanan n kedaulatan negara tercinta ini.

betul ckp trooper_knife...
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:34 pm

Akmal3110 wrote:
Sambungan Operasi Indera Khas

Akibat dari kecuaian tersebut, bekalan yang tidak dimusnahkan dengan sempurna memang memberi advantage kepada PK. Dalam keadaan 'survival' harga sebiji beras amat berharga berbanding dengan benda-benda yang lain. Hasil dari kesilapan itu setelah dibuat perilaian semula (post mortem) dibukukan bagi ATM agar memusnahkan sepenuhnya apa-apa yang tidak diperlukan ketika melakukan operasi.

Penjejakan dilakukan seterusnya. Manakala aktiviti di malam hari seperti biasa, pengawasan di sebelah malam lebih berhati-hati lebih-lebih lagi ketika bulan mengambang penuh.
Memandangkan penjejakan ini memang berisiko tinggi dan mungkin tiada ketentuan masa terjadinya sebarang insiden akan berlaku. Pada suatu hari ketika penjejakan dilaksanakan, suatu bau yang amat busuk menyucuk hidung. Bermacam-macam perasaan bermain di kepala. Adakah mayat PK yang telah mati akibat kelaparan akibat tersalah makan makanan hutan? Setelah dibuat pemeriksaan didapati sisa-sisa binatang liar yang ditinggalkan begitu sahaja. Dipercayai bangkai dan sisa khinzir.

Hari berganti minggu, perjejakan diteruskan dan ketika melintasi banjaran Titiwangsa dan sebelum menghampiri kawasan Hutan Ulu Behrang, pasukan berhenti dan memasak makanan tengahari. Setelah penat melakukan penjejakan semestinya perut amat terasa amat lapar. Ketika sedang memasak, nasi baru sahaja nak kering. Pasukan diarahkan bergerak. Apatah lagi dengan segera segala makan disimpan di dalam ‘pack’ tanpa sempat mengecap 'Lunch'.

Di sinilah konsep 'haversack lunch' patut dipratikkan bagi menjimatkan masa. 'Haversack lunch' adalah konsep SAS yang baik dilaksanakan dalam keadaan untuk menjimatkan masa. Konsep ini saya pelajari kemudiannya setelah mengikuti suatu kursus kerjaya dilaksana oleh pasukan.

Baru sahaja nak bergerak, hujan panas turun dengan tiba-tibanya. Lazimnya ini adalah suatu pertanda sesuatu perkara akan berlaku. Bab kata orang tua, ada suatu perkara buruk akan berlaku....
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:35 pm

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:37 pm

totttis wrote:
best...best...tak sabar tunggu sambungan ni...
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:38 pm

sunlay wrote:
suspen btol.... ngeri pun ade ... cam aku je yg terlibat dlm operasi
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:38 pm

m1ng1e3 wrote:
Tempoh selesai bergabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar telah berlalu selama 7 hari.

Sampailah masa kita menyambung semula kisah-kisah untuk digarapkan didalam benang "Kenangan Mungusik Jiwa". Cerita-cerita yang terdapat didalam benang ini pun sudah berkecamuk dengan kisah Ops Gubir, Ops Indera, Nostalgia kisah dulu-dulu dll. Saya nak sambung yang mana dulu, sudah naik celaru di buatnya.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:39 pm

yang_bes wrote:
mana2 pon bole...sambung jerr
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:40 pm

Akmal3110 wrote:
Sambungan Ops Indera Khas...

Saya terlupa sesuatu, giliran seksyen digilirkan secara harian. Ini bukan bererti No 1 Seksyen sentiasa di hadapan. Sebagai contoh Hari ini Seksyen 1 di hadapan diikuti dengan Seksyen 2 dan Seksyen 3. Besok pulak Seksyen No 2 menjadi seksyen hadapan. Diikuti dengan Seksyen 3 menjadi sek 2 manakala Sek 1 menjadi seksyen ke 3 maka begitu lah seterusnya. Manakala saya adalah dari Seksyen 3 setelah digilirkan menjadi Sek No 2 pada hari itu.

Dalam keadaan hujan panas itu juga semua anggota diingatkan bahawa adalah sesuatu pertanda yang tak baik yang akan mungkin akan berlaku. Setelah bergerak sehingga sampai ke permatang (ridge) nampak nun sayup bawah sana kawasan yang saya kira kawasan pertanian yang juga sebahagiannya diliputi dengan hutan renek dengan hutan lalang. Maklum setelah sekian hari tidak bertemu dengan keadaan lapang, keadaan masing-masing begitu ghairah untuk cepat sampai ke kawasan tersebut did alam keadaan ini tiba-tiba...

Dam! Dam! Dam! Bunyi tembakan di bawah bukit berhampiran dengan pingir hutan yang mana seksyen hadapan telah bertempur. Dengan semangat juang yang tinggi masing-masing terus menerpa ke hadapan tanpa sebarang rasa takut dan gementar. Untuk mempercepatkan gerakan masing-masing semua meninggalkan beg galas sambil meluru ke hadapan.

Pada suatu ketika, naluri saya tergerak untuk berhenti dan meninjau (memerhati) ke lereng sebelah kiri seketika. Oleh kerana desakan dari anggota di belakang agar saya bergerak terus kehadapan, maka saya pun bergerak ke hadapan. Kalau saya masih lagi di situ saya kira kemungkinan besar saya akan dapat menembak beberapa orang musuh yang kebetulan lari dari arah itu. Di sini rasa saya ada sedikit kesilapan berlaku. Di samping berlari ke hadapan masing-masing 'relay message' dari hadapan hingga ke anggota yang di belakang dengan menyatakan "musuh kiri, musuh kiri". Oleh kerana kesilapan salah seorang anggota dengan memberi isyarat musuh kiri dengan menghadapkan orang di belakangnya dengan memberi isyarat musuh kiri bererti menjadi arah ke kanan. Maka pesanan itu telah menjadi sebelah kanan. Oleh kerana kesilapan seseorang menyampaikan 'message' maka berterusanlah sehingga orang di belakang.

Seperti saya nyatakan 'follow up' ini melibatkan 2 skuadron, maka skuadron di belakang telah digerakkan sebagai penyekat di sebelah kanan. Maka terlepaslah kumpulan musuh yang jangka berundur semula dengan mengikut arah lereng kiri bukit. Bayangkan sekiranya tidak berlaku kesilapan sedemikian, rasa saya keseluruhan Kumpulan CCM Chong Chor lupus pada hari itu. Nyawa mereka panjang setekat hari itu dan selamat buat seketika...
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:41 pm

m1ng1e3 wrote:
Akmal3110 wrote:
Sambungan Ops Indera Khas...

Seperti saya nyatakan 'follow up' ini melibatkan 2 skuadron, maka skuadron di belakang telah digerakkan sebagai penyekat di sebelah kanan. Maka terlepaslah kumpulan musuh yang jangka berundur semula dengan mengikut arah lereng kiri bukit. Bayangkan sekiranya tidak berlaku kesilapan sedemikian, rasa saya keseluruhan Kumpulan CCM Chong Chor lupus pada hari itu. Nyawa mereka panjang setekat hari itu dan selamat buat seketika...

Akmal, check ada lagi tak sambungan Ops Indera ini selepas episod ini? Kalau takde saya sambung selepas ini kalau ada teruskan sambungan itu sehingga titik penamat kemudian baru boleh saya sambung. OK
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:42 pm

Akmal3110 wrote:
m1ng1e3 wrote:
Akmal3110 wrote:
Sambungan Ops Indera Khas...

Seperti saya nyatakan 'follow up' ini melibatkan 2 skuadron, maka skuadron di belakang telah digerakkan sebagai penyekat di sebelah kanan. Maka terlepaslah kumpulan musuh yang jangka berundur semula dengan mengikut arah lereng kiri bukit. Bayangkan sekiranya tidak berlaku kesilapan sedemikian, rasa saya keseluruhan Kumpulan CCM Chong Chor lupus pada hari itu. Nyawa mereka panjang setekat hari itu dan selamat buat seketika...

Akmal, check ada lagi tak sambungan Ops Indera ini selepas episod ini? Kalau takde saya sambung selepas ini kalau ada teruskan sambungan itu sehingga titik penamat kemudian baru boleh saya sambung. OK

Saya dah semak dan takdak sambungan. Kami harap tuan dapat sambung cerita operasi ini.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:44 pm

joewings wrote:
Kawan amat mengagumi pihak tentera terutamanya dari zaman Insurgensi..........kawan mengikuti kisah2 ini sedari awal lagi........

Kalau forumer disini tak keberatan, kawan nak uploadkan beberapa gambar2 era Insurgensi untuk tatap semua, itupun ambil dari internet dan kawan masih simpan dalam PC............
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:45 pm

Laksamana Sunan wrote:
joewings wrote:
Kawan amat mengagumi pihak tentera terutamanya dari zaman Insurgensi..........kawan mengikuti kisah2 ini sedari awal lagi........

Kalau forumer disini tak keberatan, kawan nak uploadkan beberapa gambar2 era Insurgensi untuk tatap semua, itupun ambil dari internet dan kawan masih simpan dalam PC............

amat dialu-alukan. KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Icon_biggrin
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:46 pm

joewings wrote:
Okeh, kawan buka hari ini dengan gambar ni......

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Image-4903_4B6799B8

Anggota TD dengan senjata Beretta AR70, Sterling dan SLR, bersama pegawai, tapi tak tahu unitnya, tahun gambar tu dan dimana gambar ini diambil, Ada sesiapa yang boleh tolong sahkan?

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Image-E282_4B6799B8

Anggota TD bergambar dengan senjata Sterling dan AR70,tapi tak tahu tahun gambar tu (may be tahun 70an) dan dimana gambar ini diambil, Ada sesiapa yang boleh tolong sahkan?

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Image-C014_4B6799B8

Gambar anggota TD bergambar beramai2 dngan senjata Beretta dan SLR (M16 tak nampak kelibatnya)............

Semua dapat dari internet...............

Boleh tak otai2 kat sini ceritakan bila anggota TD kita gunakan uniform celoreng Pattern 70 ni?
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:47 pm

m1ng1e3 wrote:
Saya sambung tentang Ops Indera seterusnya......

Hasil dari pertempuran dibahagian Leading Section yang juga digabungkan dengan Team Pengesan dan K9 yang didatangkan kahs dari Pulada Johor ketika diawal Operasi setelah kesan PGK dapat dijumpai. Seorang Pengendali Anjing Perang telah terkena tembakan yang tidak begitu baik dari PGK mengakibatkan luka sedikit dibahagian sisi pipi beliau. Manakala disebelah pihak PGK didapati seorang Penganas telah dihapuskan dengan beberapa Beg Galas ditinggalkan PGK akibat amat terdesak. Disamping itu ada terdapat kesan-kesan Darah dari kumpulan mereka yang mengalami kecedaraan. Setelah diperiiksa 100% terdapat beberapa dokumen penting telah dijumpai. Mayat PGK (Wanita) juga diperiksa 100% dan dibawa keluar melalui Pesawat (Alloutte). Begitu juga anggota Pasukan sendiri yang cedera dibawa bersama. Oleh kerana keadaan telah beransur Gelap kami 'baseup' di Lokasi pertempuran. Saya terlupa pulak pasal Beg galas yang ditinggalkan dibahagian belakang. Pada mula nya saya ingatkan beg galas saya terpaksa diambil dimana ianya ditinggalkan. Nasib baik Beg galas tersebut telah diambil oleh Kumpulan Belakang yang membawanya kelokasi ketempat 'Base' kami. Pheew!!!!! kalau tidak jauh juga dimana Beg Galas itu seingat saya hampir juga 1 petak peta.

Malam tu terbayang-bayang dikepala otak saya keadaan Mayat PGK itu ditembak dengan keadaan yang mengerikan. Maklum lah ini kali pertama saya didedahkan keadaan pertempuran dan casualty yang ditembak yang berlaku dihadapan mata sendiri. Ketika berkawal waktu malam pun tahap berjaga-jaga sperti biasa, kerana bila-bila masa keadaan boleh menjadi cemas sekiranya diserang. Manakan tahu, kot-kot dipihak PGK ingin menuntut belak atas kehilangan salah seorang 'Komrad'. Kesyahduaan malam berlalu dengan tenangnya sehingga pagi.

Bersambung......
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:48 pm

joewings wrote:
Nak tahu sikitlah; Kalau mayat2 PGK ni kebumi kat mana yek? dapat trace ke waris2 dia?

Lagi satu; PGK yang pompuan nih hati kering macam yang jantan ke? Maksud kawan kalau bunuh anggota kita ke? Berperang ke?
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:49 pm

m1ng1e3 wrote:
joewings wrote:
Nak tahu sikitlah; Kalau mayat2 PGK ni kebumi kat mana yek? dapat trace ke waris2 dia?

Lagi satu; PGK yang pompuan nih hati kering macam yang jantan ke? Maksud kawan kalau bunuh anggota kita ke? Berperang ke?

1. Kebanyakan waris mereka dapat dikesani. Kalau tidak dapat dikesani dikebumikan ditanah perkuburan berdekatan mengikut agama masing-masing. Dalam hal mengesani pewaris itu semua kerja Pihak Polis dengan kerjasama gensi yang berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dsbnya.

2. Dalam istilah peperangan/Pertempuran ada dua iaitu 'Dibunuh atau dibunuh'. Istilah samada Lelaki atau Perempuan tidak timbul sama sekali.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 9:59 pm

m1ng1e3 wrote:
joewings wrote:
Nak tahu sikitlah; Kalau mayat2 PGK ni kebumi kat mana yek? dapat trace ke waris2 dia?

Lagi satu; PGK yang pompuan nih hati kering macam yang jantan ke? Maksud kawan kalau bunuh anggota kita ke? Berperang ke?

1. Kebanyakan waris mereka dapat dikesani. Kalau tidak dapat dikesani dikebumikan ditanah perkuburan berdekatan mengikut agama masing-masing. Dalam hal mengesani pewaris itu semua kerja Pihak Polis dengan kerjasama gensi yang berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dsbnya.

2. Dalam istilah peperangan/Pertempuran ada dua iaitu 'Dibunuh atau dibunuh'. Istilah samada Lelaki atau Perempuan tidak timbul sama sekali.
Back to top Go down
Laksamana Sunan

Laksamana Sunan

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 49
Location : Ipoh, Perak

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 EmptyFri Aug 28, 2015 10:00 pm

katon wrote:
Dibunuh atau dibunuh ?
Back to top Go down
Sponsored content

KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan) - Page 2 Empty

Back to top Go down
 
KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)
Back to top 
Page 2 of 5Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: WIRA TAK DIDENDANG :: DARAH SATRIA-
Jump to: