FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  

selamat datang ke forum Panggilan Pertiwi

Share | 
 
 KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:15 pm

** posting ini adalah berkenaan dengan kisah dan pengalaman salah seorang daripada anggota pasukan keselamatan yang telah turut berjuang mempertahankan negara pada suatu ketika dahulu.
** beliau juga adalah merupakan ahli forum panggilan pertiwi sejak 24hb disember 2009 yang telah sudi untuk berkongsi pengalam beliau untuk tatapan kita semua.
** bagi mereka yang belum pernah mengenalinya lagi, beliau adalah diantara sebahagian kecil daripada anggota pasukan keselamatan kita yang mempunyai 2 bere pasukan khusus iaitu bere maron daripada KOPASUS dan juga bere hijau GERUP GERAKHAS.
** posting ini telah bermula pada 20hb. Januari 2010 dan akan dipindahkan secara berperingkat kedalam thread ini.

m1ng1e3 wrote:

Wah!!!! Ini kena saya mengimbau kembali kenangan silam yang hampir 5 dekad yang lalu.

Banyak kenangan manis sepanjang berkurusus selama 7 bulan disana. Latihan dibahagikan kepada dua Kategori iaitu PARA & Komando (Kopassus) ketika itu dikenali sebagai RPKAD iaitu singkatan kepada Resimen Para Komando Angkatan Darat. Sebelum dipilih menyertai Latihan disana Ujian Lasak dijalankan dan dipantau oleh beberapa Orang JL dari Kopassus sendiri serta Pakar Jiwa. Mereka ini lah melakukan ujian Jasmani dan Doktor Jiwa didatangkan khas untuk membaca Jiwa/Semangat kita.

Setelah berjaya dipilih. Pergerakan kesana diuruskan dengan kerjasama TUDM ketika itu pesawat Pengangkutan yang ada hanya lah Dart Herald. Yaa Allah nak sampai kesana macam nak pecah anak telinga. Berdenggung macam ayam kena anggau.

Latihan dimulakan dengan Latihan PARA selama satu bulan. Yang bezanya disana setiap Individu melipat Payungnya sendiri tanpa dibantu oleh JL setelah diajar dalam jangkamasa yang pendik. Disinilah juga menguji supaya setiap individu mesti memberi kepercayaan sepenuhnya keatas kapasiti masing-masing sebagi pelipat Payung yang akan digunakan kelak. Sekira tersilap sendirilah menanggung padahnya..... Bersambung

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"

Last edited by Laksamana Sunan on Wed Aug 26, 2015 11:48 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:15 pm

Laksamana Sunan wrote:

Terima kasih diatas kesudian saudara untuk berkongsi cerita pengalaman sarudara ini dengan kami. Teruskan cerita saudara ni. Saya amat menyokong usaha ini. Biar pengalaman ini dapat dijadikan sumber inspirasi kepada kami dan generasi yg akan datang.

KOMANDO! KOMANDO! KOMANDO!

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:16 pm

m1ng1e3 wrote:

Sehari sebelum penerjunan dilakukan, pelbagai perangai dapat dilhat. Maklumlah first time nak terjun dengan lipatan payung sendiri. Payung yang digunakan kalau tak silap saya jenis RI- T10 iaitu payung keluaran negara Indonesia. Sekiranya ada mereka yang tidak berkeyakinan dengan lipatan masing-masing boleh meminta dari JL untuk melihat kembali payung masing-masing. Ini tak kira waktu sama Siang atau Malam.

Hari Penerjunan Pertama.
Pergerakan dari Pusat pendididikan (PUSDIK) BatuJajar ke Lapangan Terbang Bandung berjalan lancar dengan menaiki Toyota Pickup 3tonners tanpa sebarang ganguan lalulintas setiap Lampu Merah dilanggar terus tanpa sebarang Pengiring samaada Polisi atau Polisi Militer. Betul-betul mengalahkan VVVVIP. Pesawat yang sedang menunggu adalah pesawat Dakota iaitu jenis pesawat pengangkut sederhana (2 Kipas) era perang Dunia ke II. Disitu lah dapat kita lihat macam-macam ragam, ada yang pucat lesi ada yang berpeluh sejuk dsbnya. Bagi menaikkan moralle dan nak tunjukkan sifat kelakian kita, JL sediakan 2 atau 3 orang Cewek yang sedia memberi semangat didalam pesawat. Nak tak hendahak sifat ego kelakian itu terbit dengan spontan. Tak terjun malu, nak tak hendak kena terpaksa terjun juga. Setiap manusia pasti ada perasaan takut, cuma orang tak siuman sahaja yang tiada perasaan takut.
Setelah api merah dinyalakan maka arahan diberi oleh Jumpmaster maka maka setiap penerjun mempersiapkan diri dan dengan Final Check kepada setaip penerjunan dihadapan nya. Setelah arahan 'Berdiri dipintu' maka penerjun pertama siap diterjunkan apabila lampu hijau dinyalakan. Arahan'Go' sahaja maka terjunlah penerjun pertama dan diikuti oleh penerjun seterusnya sehingga selesai. Ketika itu juga segala ayat dibaca dan diikuti dengan doa mengikut agama-masing dilafazkan. Bersambung......

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:17 pm

Akmal3110 wrote:

OPS GUBIR (Disunting oleh saya dengan kebenaran Tuan m1ng1e3)

Saya akan menceritakan salah satu pengalaman yang tidak akan saya lupa hingga akhir hayat saya. Oleh kerana peristiwa telah lama berlaku, rasa saya cerita ini tidak melibatkan keselamatan negara. Cerita yang sama tetapi peranan dan pengolahan cerita yang sedikit berlainan dengan cerita ini telah disiarkan di dalam buku Mejar Syed Othman terbitan DBP. Ingat tak peristiwa Nuri ditembak pada tahun 1975 dulu di sempadan tanah air dan mengakibatkan beberapa Pegawai Kanan ATM terbakar sama? Ketika itu saya adalah salah seorang anggota yang sukarela untuk membuat serangan ke atas kem PKM (Parti Komunis Malaya) tersebut. Pada kejadian itu (Nuri ditembak) saya berada di kem PKM tersebut setelah berjaya menawannya. Kejadian itu berlaku setelah empat ke lima hari selepas serangan dilakukan. Walaupun tidak ada kematian anggota semasa serangan dilakukan. Namun demikian ada beberapa anggota yang mengalami kehilangan tangan dan kaki akibat jerangkap samar. Pada waktu malam selepas serangan dilakukan dengan pakaian sehelai sepinggang (pack tidak bawa kerana untuk melakukan serangan tersebut). Kebetulan pula keadaan malam itu bulan mengambang penuh. Bayangkan suasana ketika itu, terus terang saya tidak boleh melelapkan mata barang sedetik pun sehingga pagi. Cuba bayangkan kami adalah orang asing yang merampas kem mereka, dan mereka (PKM) pastinya mahir dan tahu keadaan persekitaran kem tersebut. Jadi perasaan berjaga-jaga itu pasti berganda jika dibandingkan ketika hari siang. Manalah tahu mereka akan ambil kesempatan dalam keadaan kegelapan malam walaupun dengan keadaan bulan yang mengambang penuh.

Sebelum saya lanjutkan episod seterusnya. Saya cerita sikit sebelum serangan itu dilakukan. Sebenarnya serangan ini bukanlah serangan yang pertama. Malah pernah dilakukan serangan sebelum itu oleh Pasukan Queen Cobra (Thailand SOF) tetapi gagal serta mengakibatkan beberapa kematian. Sebelum skuadron saya melakukan serangan tersebut, ada skuadron lain juga yang terlibat tetapi gagal disebabkan Nuri terkena beberapa tembakan dan mengakibatkan kebocoran di bahagian ‘fuselage’ (tangki minyak) dan bahagian lain. Bergantung kepada nasib baik, tiada anggota yang terkena dan Nuri selamat sampai ke ‘base camp’ - Gubir di dalam keadaan yang cemas serta panik yang amat sangat. Setelah kegagalan ini maka skuadron saya pula dipanggil untuk memberi bantuan. Kami diterbangkan khas dengan mengunakan pesawat F28 (VIP Plane) dari Batu Berendam, Melaka ke TUDM Butterworth. Sebelum serangan dilakukan beberapa tinjauan udara dilakukan dan ini saya kira mengambil masa yang agak panjang dan memberi kelebihan kepada mereka memperbanyakkan BT (bobby trap/jerangkap samar) di lokasi tersebut. Taklimat dan kata-kata perangsang diberi oleh GOC (General Officer Commanding) semasa itu Jeneral Sulaiman Mahmood. Saya masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya " Permergian saudara-saudara adalah memberi semangat serta maruah kepada seluruh warga tentera dan negara Malaysia. Yang mana sebelum ini serangan tidak berjaya dilaksanakan dan seolah-olah gagal". Ketika pemilihan serta mencari sukarelawan yang akan melakukan serangan, saya dipilih sebagai orang keempat diturunkan melalui kaedah ‘rappelling’. Oleh kerana keadaan yang telah berubah ketika di dalam Nuri, saya turun sebagai orang ketujuh dari 14 anggota. Sebanyak 3 buah Nuri (A,B danC) digunakan dengan saya ditempatkan di Nuri B. Ketika tali rapelling dicampakkan dari pesawat, ia terangkut pada sebatang dahan yang besar. Sebagai langkah alternatif kaedah ‘winching’ terpaksa digunakan. Selain itu, beberapa helikopter Alloute digunakan sebagai bantuan tembakan dengan 20mm Gunship. Alhamdulillah, sungguh pun tembakan diberi oleh mereka (PKM) dengan mengunakan M79, malangnya kebanyakan tembakan mereka terkena kepada dahan dan meletup tidak mengena sasaran (kami). Kumpulan PKM ini dikira sebagai 'hardcore' dan tujuan mereka adalah untuk mengagalkan serangan kami, seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Selepas serangan berjaya beberapa langkah dilakukan untuk membersihkan kawasan daripada sebarang saki-baki kalau-kalau ada yang bersembunyi. Pergerakan amat terbatas kerana semasa serangan dilakukan, kami tidak membawa 'Mine Detector' cuma sekadar raifal persendirian sahaja seperti M16 dan M79 . Manakala peluru dibekalkan tanpa had seberapa yang boleh dan terdaya untuk dibawa. Webbing diisikan peluru dan HG (Bom Tangan) sahaja, malah catuan pun tidak dibawadan tanpa sebarang beg galas (Pack). Makanan yang dimasak dan dicampur ala kadar dicampakkan di dalam kotak besar dari helikopter selepas keadaan difikirkan selamat. Makan pun sebagai syarat saja.

Semasa peninjauan untuk memberitahu hal-hal keadaan di situ kepada kumpulan yang menaiki helikopter A, saya (B) telah diarahkan bersama seorang truper A untuk memberitahu kumpulan tersebut "banyak BT dan berjaga-jaga". Habis sahaja peringatan itu salah seorang dari anggota yang diberitahu telah terpijak dan mengalami kecederaan yang teruk di kaki dan terpaksa di ‘evacuate’ selepas itu. Semasa perjalanan menuju ke lokasi itu truper A di hadapan manakala saya di belakangnya. Semasa berpatah balik saya menjadi orang pertama dan truper A menjadi orang kedua. Secara kebetulan pulak dengan melalui jalan/tapak yang sama semasa pergi tidak ditemui BT. Semasa balik dia sebagai orang kedua ternampak ‘wire’. Jarak antara saya dengan truper A lebih 4/5 langkah sahaja. Dia beritahu saya "Lan, tunggu ada BT". Hati saya tergerak untuk mendengar nasihatnya. Cuma saya duduk mencangkung sahaja di jarak yang sama tanpa sebarang perlindungan. Beliau cuba memotong ‘wire’ tersebut dengan 'Jack Knife' beliau. Berkemungkinan ada sedikit kesilapan beliau dengan memotong kedua-dua wire sekali maka satu letupan yang kuat dengan beliau jatuh terpelanting membelakangi. Tanpa sebarang pergerakan saya sekadar perhatikan sahaja buat seketika, untuk memandang reaksi beliau. Memang betul hati saya tidak tergerak untuk menghampirinya seketika kerana berdekatan situ juga ada satu lagi BT yang masih aktif dan sentiasa menunggu mangsa untuk menginjakkannya. Ketika itu hati saya berkata 'masih hidup lagi si Yaakob nie" detik tidak beberapa (2/3 saat) dia mengangkat tangan kanan nya. Hati saya berkata “Alhamdullillah, syukur masih hidup lagi ‘buddy’ aku ini”. Ketika tangannya diangkat seolah-olah juraian meehon bergayutan di tangannya, kerana ketika itu darah masih belum mengalir dari urat-urat tangannya. Maka urat-urat itu seolah-olah Meehon seperti yang saya katakan. Beliau di ‘evacuate’ kemudiannya selepas itu. Maka pada hari itu saja dan di lokasi tersebut 3 anggota telah kehilangan sebahagian tubuh badan. Sehingga ke saat akhir pisau dan jam tangan berjenama RADO yang yang digunakannya tidak diketemui.....hancur.

Masuk hari kedua dan hari-hari berikutnya.

Sentiasa di dalam siap sedia setiap masa. Manakala tiada reaksi musuh. Landing Point dibuat untuk membolehkan Nuri membawa peralatan serta menurunkan BCT (Boobytrap Clearance Team) dan peralatannya bersama-sama juga dengan Bergen Pack bagi semua anggota serangan. Aktiviti sebelum ketibaan Team BCT kerja-kerja pembersihan BT dilakukan secara fizikal/manual dengan mengunakan pancaindera serta 'prooder" yang diubahsuai. Kira-kira 100 biji BT dijumpai di laluan selebar 1 kaki bagi jarak lebih kurang 100 meter sahaja. Laluan ini dikhaskan untuk memberi laluan kepada sentri untuk melakukan pengawasan. Bayangkan keadaan sekiranya pemeriksaan keseluruhan kem tersebut dilakukan. Anggaran jumlah itu saya serah untuk saudara-saudara membuat andaian. Jadi pergerakan kumpulan kami amat terbatas.

Banyak lagi BT dijumpai oleh BCT dengan mengunakan 'mine detector' setelah mereka memulakan kerja-kerja pembersihan. Pemerbersihan pun dilakukan kepada tempat-tempat tertentu sahaja, bukannya keseluruhan kem tersebut. Begitu lah aktiviti hari-hari sehingga mendapat arahan selanjutnya iaitu kerja-kerja pembersihan 'Tunnel' dilakukan.

Cerita pembersihan 'Tunnel' nie mungkin telah diceritakan oleh penerima PGB (Lt Kol Basri) di dalam buku DBP hasil nukilan (Mej Syed Othman). Walau pun telah diceritakan oleh beliau, saya ceritakan versi saya pulak. Mungkin ada persamaan atau juga sedikit percanggahan, jika saudara-saudara ada membaca buku tersebut.

Setelah mendapat arahan kerja-kerja pembersihan terowong dilakukan, saya dipilih sebagai salah seorang anggota pengiring kepada Team Lt. M Basri dari kumpulan BCT. Kalau tak salah saya, saya merupakan orang keempat atau kelima dari lebih kurang 10 anggota di dalam kumpulan tersebut. Kiranya anggota kami berada di belakang selepas BCT tersebut. Kami memasuki melalui pintu terowong yang berada di bahagian kanan Pentas Opera tersebut .

Ketua Terup membuat penilaian supaya kami bermula dari pintu/laluan tersebut. Dua/tiga langkah atau 2/3 anak tangga sahaja di situ Kumpulan BCT dengan Mine Detector telah menemui berapa BT yang dirangkaikan dengan BT yang induk bersaiz tin susu tepung Lactogen 2kg dan dirangkaikan dengan yang kecil-kecil. Bayangkan kalau yang ini meletup. Saudara-saudara buat penilaian dia punya ‘impact’ macam mana. Mungkin semua di dalam kumpulan terkambus terus. Selamat!!!!!!!!!!! Setakat ini dulu. Kat hadapan banyak lagi yang menanti mangsa. Setelah melalui lorong utama, kami menjumpai 2 ruang seolah bilik yang saya perkatakan terdahulu. Kedudukan ruang tersebut berselang seli satu di kanan dan satu kekiri. Untuk makluman juga, ada beberapa pintu/laluan lain selain dari pintu terowong yang digunakan. Bilik/ruang 1 tersebut terdapat bahan makanan (dipercayai bilik menyimpan rangsum). Manakala ruang/bilik kedua ada terdapat perca-perca kain yang berterabur, berkemungkinan sebagai bilik jahitan pakaian dan sebagainya.

Kurang lebih 5 ke 10 minit penggeledahan dengan berhati-hati dengan 'Mine Detector" (MD) telah memberi yang respon yang begitu baik sekali. Secara otomatis kami semua berhenti tanpa membuat sebarang gerakan langkah kaki. Oh, saya lupa kebanyakan punca letupan BT secara ‘preassure switch’ yang mana ianya memberi tindak balas apabila ianya dipijak ‘switch’ akan contact + dengan - maka letupan terjadi. BT juga kebanyakan nya berbentuk ‘Cylinder’ (besi paip) dan berpetak-petak diseluruh cylinder tersebut. Manakala ‘swicth’ disalut dengan plastik serta ditarkan bagi mengelakkan cepat kehabisan kuasa dan mengelakkan dari dikesan oleh (MD). Kadangkala juga ‘switch’ berada di bahagian belakang (akan dipijak oleh yang berada di belakang) dan mangsa orang lain atau orang di hadapan. Pelbagai kedudukan BT diletakkan dan juga dipelbagaikan kedudukan sebagai tujuan mengeliru dapat dikesan dan memberi kecederaan yang semaksima kepada si mangsa. Sambung selepas diperiksa didapati casing .22 (peluru katrij kosong) diteraburkan di lorong tersebut. Katrij ini diperbuat dari sejenis logam, semestinya ianya memberi kesan yang amat efektik kepada Mine Detector. Setelah diperiksa dan disahkan katrij tersebut mengakibatkan Mine Detector berbunyi , kami terus ke hadapan. Selang beberapa langkah sahaja bergerak, satu letupan yang agak bergema berlaku. Booooom!!!!!!

Bersambung lagi........

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:21 pm

sunlay wrote:

seperti yg di kisahkan dlm GW..... tq

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:24 pm

m1ng1e3 wrote:

sunlay wrote:
seperti yg di kisahkan dlm GW..... tq

Ya.... begitu lah kisah yang sama cuma Medan Forum nya sahaja berlainan

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:26 pm

afiq flanker wrote:

m1ng1e3 wrote:
sunlay wrote:
seperti yg di kisahkan dlm GW..... tq

Ya.... begitu lah kisah yang sama cuma Medan Forum nya sahaja berlainan

terima kasih tuan kerana sudi ceritakan "true story" semasa zaman darurat dulu, kami orang2 muda amat bertuah, kluar je dh maju, hurm...terima kasih banyak2

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:26 pm

m1ng1e3 wrote:

Cerita ini belum tamat lagi. Saya kira sdra Akmal akan melakukan suntingan di bab kedua.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:27 pm

afiq flanker wrote:

trooper_knife wrote:
Terima kasih diatas kesudian saudara untuk berkongsi cerita pengalaman sarudara ini dengan kami. Teruskan cerita saudara ni. Saya amat menyokong usaha ini. Biar pengalaman ini dapat dijadikan sumber inspirasi kepada kami dan generasi yg akan datang.

KOMANDO! KOMANDO! KOMANDO!

betul tu...terima kasih banyak, biar semua tahu pengorbanan anggota2 keselamatan negara

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:28 pm

Akmal3110 wrote:

Insyallah saya akan cari dan sambung.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:29 pm

Laksamana Sunan wrote:

Akmal3110 wrote:
OPS GUBIR (Disunting oleh saya dengan kebenaran Tuan m1ng1e3)

Sebelum saya lanjutkan episod seterusnya. Saya cerita sikit sebelum serangan itu dilakukan. Sebenarnya serangan ini bukanlah serangan yang pertama. Malah pernah dilakukan serangan sebelum itu oleh Pasukan Queen Cobra (Thailand SOF) tetapi gagal serta mengakibatkan beberapa kematian. Sebelum skuadron saya melakukan serangan tersebut, ada skuadron lain juga yang terlibat tetapi gagal disebabkan Nuri terkena beberapa tembakan dan mengakibatkan kebocoran di bahagian ‘fuselage’ (tangki minyak) dan bahagian lain. Bergantung kepada nasib baik, tiada anggota yang terkena dan Nuri selamat sampai ke ‘base camp’ - Gubir di dalam keadaan yang cemas serta panik yang amat sangat. Setelah kegagalan ini maka skuadron saya pula dipanggil untuk memberi bantuan. Kami diterbangkan khas dengan mengunakan pesawat F28 (VIP Plane) dari Batu Berendam, Melaka ke TUDM Butterworth. Sebelum serangan dilakukan beberapa tinjauan udara dilakukan dan ini saya kira mengambil masa yang agak panjang dan memberi kelebihan kepada mereka memperbanyakkan BT (bobby trap/jerangkap samar) di lokasi tersebut. Taklimat dan kata-kata perangsang diberi oleh GOC (General Officer Commanding) semasa itu Jeneral Sulaiman Mahmood. Saya masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya " Permergian saudara-saudara adalah memberi semangat serta maruah kepada seluruh warga tentera dan negara Malaysia. Yang mana sebelum ini serangan tidak berjaya dilaksanakan dan seolah-olah gagal". Ketika pemilihan serta mencari sukarelawan yang akan melakukan serangan, saya dipilih sebagai orang keempat diturunkan melalui kaedah ‘rappelling’. Oleh kerana keadaan yang telah berubah ketika di dalam Nuri, saya turun sebagai orang ketujuh dari 14 anggota. Sebanyak 3 buah Nuri (A,B danC) digunakan dengan saya ditempatkan di Nuri B. Ketika tali rapelling dicampakkan dari pesawat, ia terangkut pada sebatang dahan yang besar. Sebagai langkah alternatif kaedah ‘winching’ terpaksa digunakan. Selain itu, beberapa helikopter Alloute digunakan sebagai bantuan tembakan dengan 20mm Gunship. Alhamdulillah, sungguh pun tembakan diberi oleh mereka (PKM) dengan mengunakan M79, malangnya kebanyakan tembakan mereka terkena kepada dahan dan meletup tidak mengena sasaran (kami). Kumpulan PKM ini dikira sebagai 'hardcore' dan tujuan mereka adalah untuk mengagalkan serangan kami, seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

buat pengetahuan semua, operasi ini juga mungkin boleh dikatakan "the most daring operation" semasa era insurgensi. anda semua boleh merujuk kepada keratan akhbar dibawah yg mana saya telah posting kan tidak lama dahulu. ini adalah kisah pengalaman yg diceritakan oleh warga komando yg terlibat didalam operasi tersebut, juga yg telah turut berjuang bersama-sama saudara m1ng1e3.

hayati lah kisah ini dan insaflah dengan kenikmatan yg kita kecapi sekarang ini. bertapa mahalnya sebuah keamanan yg terpaksa dibayar. tanpa pengorbanan dan jasa mereka, kita tidak dapat mencapai apa yg kita miliki kini.

trooper_knife wrote:
Rejimen Gerakhas (RGK)

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:30 pm

m1ng1e3 wrote:

Terima kasih atas 'Support Article' Sdra TK. Dengan adanya 'Support Article' itu pastinya membuat dokumentari ini lebih menarik dan menyokong hujjah-hujjah yang terdapat didalam cerita saya ini.

Didalam blog Mej U (B) Nor Ibrahim pun rencana bersangkutpaut dengan tragedi itu pun ada disiarkan dalam cerita terkinnya. Selamat membaca.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:31 pm

katon wrote:

boleh bagi link ke blog dia

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:32 pm

m1ng1e3 wrote:

katon wrote:
boleh bagi link ke blog dia

http://xnuripilot.blogspot.com/

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:33 pm

Akmal3110 wrote:

Sebelum tu saya (Tuan m1ng1e3) intro dulu diri saya dulu, ok.

Saya anak yang pertama dalam keluarga yang ramai. Adik-beradik saya seramai 10 orang. Bapa saya seorang guru dan emak saya suri rumah. Saya mendapat pendidikan ke peringkat menengah. Selepas tamat sekolah, bapa saya beri modal untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan (Kedai Runcit) di kampung saya. Pada peringkat itu adalah perubahan alam, iatu dari alam kanak-kanak kepada alam remaja kepada diri saya. Oleh kerana perubahan dua alam tersebut, tidak membuatkan saya minat menceburkan diri ke alam perniagaan. Saya lebih suka keadaan hidup yang bebas tanpa duduk setempat (di dalam kedai) sahaja tanpa bergerak kemana-mana.

Hati saya tergerak untuk memasuki tentera, adalah disebabkan beberapa faktor. Ketika itu ada beberapa anak-anak muda yang telah selesai menjalani latihan rekrut pulang ke kampung. Personaliti mereka menambahkan lagi minat saya untuk memasuki tentera dan polis. Memandangkan keadaan ancaman PKM begitu kuat ketika itu dan pada masa yang sama ramai di kalangan anggota Polis Hutan telah mengalami kematian akibat serangan PKM. Ini menambahkan minat saya memasuki tentera dari menjadi seorang polis. Pada anggapan saya Pasukan Tentera lebih baik dari Pasukan Polis. Di era itu juga, pada usia saya remaja Panggung Wayang banyak menayangkan filem-filem perang Ingeris seperti The Longest Day, Battle of Bulge, Anzio, Five for Hell semua filem-filem menonjolkan keberanian Pasukan Tentera yang ketara berbanding dengan Pasukan Polis. Ini juga membuatkan azam saya untuk menceburi alam ketenteraan bertambah kuat.

Rumusan saya untuk menceburi bidang tentera adalah tarikan personaliti, pengaruh filem, perbandingan antara pasukan (polis & Tentera). Akhirnya Pasukan Tentera menjadi pilihan utama saya.

Pengaruh filem-filem yang saya nyatakan diatas, membuatkan saya tambah semangat untuk memasuki pasukan Khas. Saya berazam setelah tamat latihan rekrut saya akan cuba memasuki pasukan khas. Di kampung ketika itu banyak juga kawan sebaya memberi semangat dan tidak kurang yang menjatuhkan semangat. Di antara kata-kata itu yang masih saya ingat adalah "Cis, macam kau nak masuk komando, tiup dik angin pun jatuh tertonggeng". Dalam hati saya berkata, "Baik, saya akan buktikan suatu hari nanti saya akan menjadi seoarang Komando".

Saya mendaftarkan diri di PLR (Pusat Latihan Rekrut) pada 9 Mei 1971. Menjalani latihan asas (rekrut) selama enam bulan. Setelah hampir tamat menjalani latihan rekrut, beberapa pegawai dan LLP dari RGKM datang untuk membuat pemilihan sesiapa yang bersukarela untuk menceburkan diri dalam pasukan komando. Dengan tidak berlengah dan berfikir panjang lagi saya menyahut cabaran itu untuk menceburikan diri dalam pasukan tersebut. Begitu juga semasa saya menjalani latihan rekrut, ada juga JL yang memberi kata-kata perangsang dan ada juga yang menjatuhkan minat saya untuk menceburi pasukan komando. Jadi saya jadikan kata-kata ini sebagai perangsang kepada saya.

Semasa latihan komando, walaupun dalam keadaan yang amat terseksa dengan pelbagai jenis deraan sama ada mental serta fizikal. Saya sentiasa tanamkan semangat kental dalam jiwa saya bahawa saya akan menjadi komando pada suatu hari nanti. Nah, akhirnya berhasil setelah menjalani latihan demi latihan saya layak memakai "Red Beret" (Kopassus) yang ketika itu dikenali sebagai RPKAD (Rejimen Para Komando Angkatan Darat) dan sebagai anggota "Green Beret" dalam masa hampir-hampir 2 tahun setelah menjalani latihan pemanasan dan sebagainya. Pada tarikh 19 Februari 1973, saya layak dan ditabalkan sebagai salah seorang pasukan khas RGKM.

Hasil dari kejayaan saya itu juga telah menyuntik beberapa orang anak muda kampung saya mengikuti jejak langkah saya.

Berkat dari dorongan, cacian, kata-kata perangsang serta berbekalkan semangat kental maka saya telah berjaya apa yang dihajati selama ini. Begitu lah cerita-ceritinya...

Jadi sesiapa anak-anak muda yang ingin mencuba atau meneruskan generasi saya pada masa hadapan itu kenalah tanamkan semangat kental. Buat sesuatu sesi latihan itu sepenuh jiwa dan raga jangan buat hendak tak hendak (50-50). Kalau kita buat separuh-separuh, berkemungkinan akan terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini kepada diri kita. Allahuwallam.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:34 pm

Sixthieee wrote:

red beret koppasus kalau kt pulau2 indon dorang gerun dgr nama ni. misal kata dorang dtg club2 atau tempat makan suma jd free. dia akn cari ketua samseng dkt area diorang datang tu ntok gilap kasut dorang. ni kwn aku indon sendiri cerita. tempat elok2 huru hara mcm kt kl terus jd sunyi sepi. kt sana askar yg kawal.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:34 pm

sunlay wrote:

memang otai lah , masuk komando aku tak wujud lg kat dunia ni ..... tabik

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:35 pm

m1ng1e3 wrote:

Saya sambung lagi....

Begitu lah setiap hari Naik Kapal terbang kat Bandung, tak reti bayar tambang kena campak keluar kat BatuJajar. Kali pertama keluar saja pintu pesawat kepala 'block' sekejap terus-terus nampak payung sudah kembang. Kali kedua terjun dah mula normal, siap pandang belakang kat pesawat lagi. Tiga kali terjun kosong, Dua Kali terjun dengan peralatan dan senjata persendirian perang jenis (Garrand), Satu kali terjun Waktu malam dan Satu Kali Terjun Hutan dan Satu kali Terjun Demostrasi dan penyampaian Sayap penerjunan. Ini lah saat paling gembira setelah dipakaikan Sayap oleh Cewek atau Pak Jeneral.

Cuma yang paling risau terjun dengan Dakota ini adalah Penerjun tersangkut Payung di Roda Belakang Pesawat. Roda Pesawat Belakang Dakota ini memang terjulur keluar sahaja, tidak seperti pesawat-pesawat Moden sekarang apabila terbang sahaja Roda akan dimasukkan kedalam tempat yang dikhaskan. Peristiwa tersangkut di roda pesawat pernah berlaku kepada Penerjun dari Negara kita. Mujur Alhamdullillah dia tak panik atau mungkin belum sampai seru lagi, dia tarik reserve chute maka dia terlepas dari roda pesawat tersebut. Jadi untuk mengelakkan tragedi sedemikian berlaku, penerjunan dinasihatkan melangkah dengan selebar-lebarnya ketika meninggalkan pesawat. Jangan dok lungsur (melurut) jek. Disamping itu juga ada dikalangan penerjun yang sedikit kecut maka penendang JL akan hinggap kat belakang sehingga terlepas dari pesawat.

Selain dari keadaan bergunung ganang, Sawah Padi dikawasan penguguran (DZ) terdapat juga Dusun-dusun Salak dipersekitan kawasan. Bayangkan lah sekiranya anda tersangkut diperdu pokok Salak tersebut. Lagi satu keistimewaan terjun disana ada Terjun Malam dan juga terjun Hutan, manakala latihan disini tiada. Selain dari itu juga penerjun diberi latihan dan kepercayaan untuk melipat payung sendiri, manakala di sini ada section tertentu untuk diberi penugasan pelipat payung yang dikenali sebagai 'Rigger Section'.

Selepas penganugerahan sayap penerjunan, maka setiap pelatih akan diberi rehat beberapa hari untuk membuat persediaan dan persiapan untuk langkah seterusnya iaitu Kursus 'Kopassus atau RPKAD.

Bersambung

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Mon Aug 24, 2015 4:36 pm

totttis wrote:

best...best...tak sabar tunggu selanjutnya...

terima kasih bro m1ng1e3, kalau takde wira-wira seperti bro, takde la kami mengecapi keamanan seperti sekarang...

terima kasih...

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Wed Aug 26, 2015 10:30 am

Akmal3110 wrote:

Salah satu latihan yang meninggalkan nostalgia kepada saya. Saya kira ini tidak terlalu sensitif tetapi mungkin menimbulkan satu perasaan jijik kepada golongan tertentu.

Semasa latihan peringkat laut di Cilacap Pulau Jawa. Jangkamasa peringkat laut ini memakan hampir sebulan. Macam biasa semua pelatih-pelatih ditempatkan di berek yang serba kekurangan. Yang menariknya di sini ialah tempat berhajat. Tambahan pula keadaan tempat pembersihan diri (WC) serta tempat berhajat ini sama ada besar/kecil merupakan pondok yang dibuat secara ‘simple’. Tandasnya berlantai beberapa keping papan dan berdindingkan zink. Segala pembuangan akan terus ke parit yang terdapat di bahagian bawah, parit itu menghalakan ke laut. Bayangkan hasil pembuangan pelatih lebih kurang 100 ke 150 orang termasuk anggota TNI.

Apabila membuat latihan laut ini, keadaan kebersihan senjata memanglah satu-satunya perkara yang amat menyulitkan semua pelatih ketika hendak membersihkannya. Karat senjata persendirian jenis Garrand berwarna hijau bukan lagi kuning disebabkan air masin Lautan Hindi. Bayangkanlah latihan kadangkala menjangkau ke detik jam 3 pagi. Cuma ada beberapa jam sahaja untuk membersihkan peralatan latihan seperti perahu getah, raifal persendirian dan peralatan-peralatan yang lain. Cuma ada dua/tiga jam sahaja untuk membuat kerja pembersihan tersebut. Adalah sedikit masa untuk melelapkankan mata untuk menyambung sessi latihan keesokan harinya.

Apabila perbarisan pagi, maka ramai lah yang tertangkap kerana raifal persendirian yang berkromkan emas hijau kuning (karat). Hukumannya tak susah... Buat suspen sikit.... Cuba teka.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Wed Aug 26, 2015 10:31 am

m1ng1e3 wrote:

Sambungan Tragedi Gubir

Booooom!!!!!!

Keadaan agak panik, selang beberapa saat kemudian, didalam keadaan kelam kabut itu masing-masing bertanya siapa yang kena. Kedengaran rintihan seseorang (Bayangkan lah sekira letupan tu mengakibatkan tanah Runtuh, maka ramai yang tertanam hidup-hidup). Setelah disuluh dengan Lampu Picit kelihatan seorang anggota telah terbaring. Dengan pantas tindakan menyelamat dilakukan dengan mengusung anggota tersebut dibawa keluar dari terowong. Sampai diatas (permukaan tanah) beliau cuba diselamatkan, memandangkan keadaan cedera yang dialami serius, beliau menghembuskan nafas terakhir di ribaan setelah beliau diajar mengucap dua Kalimah Sahadah. Permintaan Bodyvac dipohon ke Markas tektikal, kerja-kerja seterusnya dilakukan oleh pesawat NURI.... Bersambung

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Wed Aug 26, 2015 10:31 am

newsamurai wrote:

good story tuan m1ng1e3..teruja baca..x sangka dahsat btul keadaan time tu yer..

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Wed Aug 26, 2015 10:32 am

Laksamana Sunan wrote:

m1ng1e3 wrote:
Terima kasih atas 'Support Article' Sdra TK. Dengan adanya 'Support Article' itu pastinya membuat dokumentari ini lebih menarik dan menyokong hujjah-hujjah yang terdapat didalam cerita saya ini.

Didalam blog Mej U (B) Nor Ibrahim pun rencana bersangkutpaut dengan tragedi itu pun ada disiarkan dalam cerita terkinnya. Selamat membaca.

Benda kecik saja saudara. Apa yg lebih penting bagi saya skrg ni ialah dapat memberikan sokongan n galakan yg berterusan agar saudara akan terus menceritakan kisah perjuangan perit getir semasa saudara berkhidmat didalam pasukan keselamatan menentang pengganas komunis suatu ketika dulu. Biar generasi sekarang celik mata, celik hati mereka. Semoga kita semua akan sentiasa insaf, kerana keamanan skrg yg dinikmati terpaksa dibayar dgn limpahan darah dan air mata.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Wed Aug 26, 2015 10:33 am

setuju sangat2....kalau tiada generasi pejuang seperti tuan dahulu, kami tak boleh hidup maju macam sekarang nie...

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   Wed Aug 26, 2015 10:34 am

kudabesi87 wrote:

Gubir..

pernah baca buku pasal gubir nih masa sekolah rendah dulu..buku terbitan dbp

cover dia lukisan gambar askar ngan ada nuri terbang

satu lagi yg perasaan ada kat library dlu malam berapi di kalabakan

DBP..rajin2 sket kuar buku cam nih. yg stok lama dah byk ilang..dah rosak

klu tak laku kat pasaran pun..cuba cetak utk library sekolah, daerah dlu

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Sponsored content

PostSubject: Re: KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)   

Back to top Go down
 
KENANGAN MENGUSIK JIWA (PW II (B) Roslan)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 5Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: WIRA TAK DIDENDANG :: DARAH SATRIA-
Jump to: