FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  

selamat datang ke forum Panggilan Pertiwi

Share | 
 
 BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:44 pm

** posting ini telah dibuat pada 1hb. Mei 2010
** setelah 5 tahun berlalu, kisah ini telah diterbitkan sekali lagi didalam akhbar kosmo http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

MR. STARK wrote:

IPOH: Sekumpulan pembalak menemui bangkai sebuah pesawat pengangkutan Air Transport Command milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang dipercayai terhempas ketika Perang Dunia Kedua (?) di Gunung Bubu, Beruas, kira-kira 50 kilometer dari sini.
Penemuan secara tidak sengaja bangkai pesawat berusia lebih 65 tahun itu berlaku ketika beberapa pekerja pembalakan menjalankan kerja menanda kawasan pembalakan baru.
Seorang pembalak yang enggan dikenali berkata, ia ditemui ketika beliau bersama beberapa rakannya merentas denai di kawasan hutan itu bagi menanda kawasan pembalakan baru kira-kira dua minggu lalu.

“Apabila tiba di satu kawasan cerun dengan ketinggian kira-kira 20 meter, seorang daripada kami terlihat objek bersinar di bawah cerun.
“Dia kemudian turun untuk melihatnya sebelum menjerit meminta kami semua turun.
“Saya terkejut apabila melihat objek itu ialah bahagian belakang sebuah pesawat besar yang terputus dua.
“Melihat kepada keadaan persekitarannya, saya percaya kami adalah orang pertama menemuinya,” katanya di sini, semalam.

Turut ditemui beberapa serpihan pesawat, enjin dan alat komunikasinya.
Namun, katanya mereka hanya menemui bahagian belakang pesawat dan tidak menjumpai bahagian depannya serta mengesyaki pesawat itu terputus ketika terhempas berdasarkan keadaan hutan di gunung ini yang tebal dan berbukit.

Sumber berkata, berdasarkan keadaan pesawat yang terputus dua, kemungkinan besar tiada sesiapa yang terselamat dalam insiden itu.
“Jika ada pun yang cedera, mereka tidak mampu bertahan lama kerana pesawat itu terhempas di hutan dan jauh dari kawasan penempatan orang. Status pesawat dan penumpang di dalamnya mungkin diisytiharkan sebagai hilang dalam tugasan (MIA).

“Saya berharap pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengenai penemuan ini kerana memang jelas ia pesawat milik mereka,” katanya.

Mengikut rakaman video menggunakan telefon bimbit milik seorang pembalak menunjukkan pesawat itu milik AS berdasarkan logo pada tepi sayap pesawat yang tertera Air Transport Command (ATC) dan Tentera Udara AS (USAF).

Usaha wartawan akhbar ini untuk memasuki kawasan itu menemui jalan buntu kerana pembalak itu berkata, hanya rakannya yang dapat menunjuk arah ke lokasinya selain perjalanan ke kaki gunung memerlukan kenderaan pacuan empat roda yang tayarnya dipasang rantai.

Perjalanan menaiki kenderaan terbabit memakan masa selama dua jam sebelum diteruskan dengan berjalan kaki sekurang-kurangnya satu hingga dua jam.Rakan beliau yang menjadi penunjuk arah dikatakan berada di luar negara atas urusan keluarga.

Perkhidmatan ATC digunakan antara 1942 hingga 1948. Misinya ialah memenuhi keperluan segera untuk memperteguhkan pangkalan ketenteraan AS di seluruh dunia ketika Perang Dunia Kedua. ATC adalah pelopor kepada Military Air Transport Service (Servis Pengangkutan Ketenteraan Udara) pada 1948.

SUMBER : BERITA HARIAN 1 MEI 2010
GAMBAR IHSAN DIRAKAM DARI AKHBAR : TROOPER KNIFE

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"

Last edited by Laksamana Sunan on Mon Aug 24, 2015 3:46 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:44 pm

MR. STARK wrote:

kalau perhatikan sebelah logo tu rasanya current roundel..tp roundel USAF masa WW2 bukan mcm ni. ni dah era perang dingin dan perang vietnam.

roundel usaf masa ww2 bulat je, bintang kat dlm dan ada bulatan kecil lg dlm tu.

boleh rujuk sini :

http://en.wikipedia.org/wiki/Air_Transport_Command

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:46 pm

gunnerz wrote:

penemuan exclusive....big question mark.....??

US Army secret op? takkan pakai air transport aircraft kot...
maybe air transport nak support us army mase era vietnam..persoalannya, dia launch dr air base mane..?dr pengkalan us terdekat di rantau ini, filipina maybe...then cross msia ke utk ke vietnam....? or masalah teknikal berlaku dan terpaksa cari tempat mendarat? hmmm...

diharap ade pihak yg tampil memberi jawapan ttg pesawat tersebut...

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:47 pm

MR. STARK wrote:

Emblem of Air Transport Command

Primary aircraft

C-46 Commando

c-47 skytrain

c-54 skymaster

c-87 liberator express

c-69 constellation

boeing c-75

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:48 pm

Mejarbee wrote:

Admin@encikTONY STARK wrote:
kalau perhatikan sebelah logo tu rasanya roundel..tp roundel USAF masa WW2 bukan mcm ni. ni dah era perang dingin dan perang vietnam.

roundel usaf masa ww2 bulat je, bintang kat dlm dan ada bulatan kecil lg dlm tu.

boleh rujuk sini :

http://en.wikipedia.org/wiki/Air_Transport_Command

Admin... Roundel yg admin maksudkan d guna pada Ogos 1919 hingga Mei 1942. US Army Air Corps

Roundel yg ade d bangkai pesawat tu d guna pada Sept 1943 hingga Januari 1947. US Army Air Forces

Perang dingin dn perang vietnam guna roundel ni selepas Jan 1947 hingga ke hari ini. US Air Forces

maka sys berpendapat, pesawat tu d gunakan masih dlm gariswaktu (timeline) WW2 Sept 1943 hingga tamat dn selepas WW2 sebelum 1947.

mej(r)

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:49 pm

Laksamana Sunan wrote:

Menurut sumber daripada MHG sebentar tadi, bangkai pesawat ini telah pun dijumpai pada awal tahun 80an. Cuma mungkin ketika itu tiada sebarang usaha untuk menyiasat dijalankan kerana negara kita sedang sibuk melawan keganasan PKM. What ever pun, Beruas adalah my hometown.

Pusat pengumpulan kayu balak tu dekat dengan kebun bapak aku. Cuma jarak dari situ ke crashed site tu yang tak tau.

TROOPER_KNIFE wrote:

Ini ade kemungkinan besar betul sbb, Bruas mmg Black Area pd masa tu... Padat dgn aktiviti PKM & PK

mej(r)

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:50 pm

Laksamana Sunan wrote:

That's rite MajorB. Moyang saya dan datuk sedara saya telah mati dibunuh pengganas komunis pada ketika itu. Mereka telah menyerang kampung moyang saya di awal pagi. Kisah ni MejarB boleh baca dalam thread Polis. Saya ada posting dalam bulan lepas.

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:51 pm

Mejarbee wrote:

TROOPER_KNIFE wrote:
That's rite MajorB. Moyang saya dan datuk sedara saya telah mati dibunuh pengganas komunis pada ketika itu. Mereka telah menyerang kampung moyang saya di awal pagi. Kisah ni MejarB boleh baca dalam thread Polis. Saya ada posting dalam bulan lepas.

FREEDOM IS NOT FREE.... ONLY MAD POLITICIAN TOOK ADVANTAGE AND EXPLOIT IT FOR HIS OWN BENEFITS... NOTHING ELSE

PKM pun politik beb...

mej(r)

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:52 pm

[quote="gunnerz"]
hmm maknenye aircraft tu crash dlm time line semasa dan selepas perang dunia ke-2...bukan era vietnam..bagus juga ade petunjuk roundel USAF tu yg berbeza mengikut peredaran zaman..kalau dpt jejak kepala aircraft tu yg hilang lg best....[/quote

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:53 pm

nasiru wrote:

Terhempas masa nak hantar spy/bekalan OSS kot ?

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:54 pm

Mejarbee wrote:

gunnerz wrote:
hmm maknenye aircraft tu crash dlm time line semasa dan selepas perang dunia ke-2...bukan era vietnam..bagus juga ade petunjuk roundel USAF tu yg berbeza mengikut peredaran zaman..kalau dpt jejak kepala aircraft tu yg hilang lg best....

Org Lok Kawi... Mat Salleh tang preserve sejarah mmg First Rate... semua boleh cari dn depa simpan dgn baik... kita aje yg x minat nk simpan warisan sejarah hingga boleh mendatangkan masalh pd kita sendiri pd masa hadapan...

mej(r)

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:55 pm

gunnerz wrote:

bukan semua org mencintai dan minat sejarah mcm kita yg ada dlm forum ni...kalau kita minat,mesti kita excited baca ape kesan2 sejarah yg pernah berlaku di tanah air sendiri..ni tak, buka buku sejarah je budak2 sekolah dah lemah dah pasal tak minat...mat salleh memang pandai menghargai sejarah...buktinya ade seseorang pernah menceritakan semasa lawatan beliau ke sebuah neg mat salleh ni, ada war memorial monumen batu yg mana batu original dpd tpt pertempuran dulu itu diangkut oleh mat salleh ni selepas perang bw balik ke tpt dia dan membuktikan mereka pernah sampi di tpt tersebut satu ketika dulu..mase tu ape ada pada batu tersebut? tetapi sekarang generasi skarg yg melawat tempat tersebut kagum dgn perjuangan datok moyang mereka dan betapa tingginya nilai batu tu sekarang..

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:55 pm

Pelayar Di Ufuk wrote:

Ni kira satu sejarah baru ni...Pesawat ATC USAAF terhempas di Malaya semasa WW2...mungkin boleh di spekulasikan sbg melakukan Black ops pada ms itu... ini kerana daripada apa yg di ketahui sewaktu WW2 di Malaya (dalam buku sejarah) , hanya pesawat RAF UK yg terlibat di Malaya pada waktu itu...ataupun RAF pnjam pesawat USAAF...???

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Laksamana Sunan

avatar

Posts : 328
Join date : 14/08/2015
Age : 43
Location : Ipoh, Perak

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   Mon Aug 24, 2015 3:56 pm

afiq flanker wrote:

gunnerz wrote:
hmm maknenye aircraft tu crash dlm time line semasa dan selepas perang dunia ke-2...bukan era vietnam..bagus juga ade petunjuk roundel USAF tu yg berbeza mengikut peredaran zaman..kalau dpt jejak kepala aircraft tu yg hilang lg best....

kalau crew merentas waktu boleh ikut crew garis waktu untuk misi menjejak kan best...hehehe

_________________
"This nation will remain the land of the free only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
Sponsored content

PostSubject: Re: BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS   

Back to top Go down
 
BANGKAI PESAWAT USAF DITEMUI DI GUNUNG BUBU, BERUAS
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: SEJARAH MALAYSIA :: PERANG DUNIA KEDUA-
Jump to: